Pa & Ma

Pa & Ma

Wednesday, November 25, 2009

RESEPI NASI AYAM

Salam.. Kali ini aku sertakan resepi yg cukup senang tapi lazat iaitu Nasi Ayam. So kat bawah nilaa bahan2nyer...

BAHAN-BAHAN

2 Pot beras, untuk lagi sedap gunakan 1 pot beras basmathi dan 1 pot beras biase..

1 ekor ayam

Untuk Bahan Tumis (nasi & ayam)

1/2 ekor ayam (ataupun amek leher, kaki, lemak2 sket2..)
2 sudu minyak sapi
1 pek kecil serbuk sup adabi
bunga lawang n kulit kayu manis
bawang merah (agak2 jer)
bawang putih (pon agak2..)
1 inci halia
2 helai daun pandan

*** blenderkan bawang merah,halia n bawang putih n bahagi kpd 2, 1 utk nasi n lagi 1 utk sup

Bahan utk perap ayam
3 biji bawang putih
1/2 jari halia
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
sedikit lada hitam n garam secukup raser..

Bahan sos lada
10 biji lada merah yg dibuang biji (if nak lagi pedas, tmbh sket cili api)
2 biji tomato
4 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar cuka makan

Hiasan/ salad
Salad, timun, tomato, daun sup n daun bawang bawang goreng

CARA-CARA

Didihkan air, masukkan halia yg diketuk ke dlm peruk, bila dah mendidih masukkan ayam yg 1/2 ekor yang telah dipotong kecil2 untuk dijadikan stok ayam.

Cuci beras dan toskan , kemudian masukkan ke dalam periuk nasi dengan daun pandan sekali.
Sementara itu, panaskan minyak n minyak sapi, masukkan bunga lawang n kulit kayu manis, tumiskan bahan yg diblender tadi sehingga wangi, then masukkan 1 1/2 sudu besar serbuk sup adabi, bila dah garing sket masukkan stock ayam mengikut sukatan air dalam periuk nasi. Jgn luper masukkan sedikit garam n ajinomoto utk bagi raser lemak2 sket. Bila dah mengelegak tuangkan kedalam periuk nasi tadi, kacau sampai sebati n masak mcm biaser. bila dah dekat masak jgn luper kacau sedikit..

Untuk Sup nyer

Panaskan minyak, masukkan bahan blend tadi n bunga lawang n kulit kayu manis, 1 sudu besar serbuk sup adabi, tumis sampai garing. Sambil2 tu panaskan semula stok ayam tadi, then bila bahan tumisan dah wangi n garing, tuangkan ke dalam periuk stok ayam tadi. masukkan gula, garam, ajinomoto secukup raser. Tadaaa sup nyer dah siap!

Untuk Ayam

Sekarang kita proses ayamnyer pule.. hmm luper, memandangkan ayam kena perap so better buat utk ayamnyer dulu sebelum yg lain2 itu td yer.. ayam tadi dipotong 4, bawang putih dan halia ditumbuk lumat, perapkan bersama madu n sos tiram selama setgh jam. then goreng hingga coklat keemasan..

untuk sos lada
campur sume bahan2nyer then blend dgn air masak..

Dahh siapppp!!!hidangkan dgn salad tadi, sup, sos air lada..

No comments:

Post a Comment